Skip to main content

Posts

Resepi Roti Pizza Terbaik

Assalamualaikum.. Salam ramadhan untuk semua. Hari ni nak kongsi resepi roti pizza yang sangaat sedap, mudah dan pasti menjadi. Ini memang resepi saya simpan dalam koleksi. Bila nak makan pizza, ini resepi yang saya guna. 100% puas hati. Bahan - bahannya : 1 1/3 cawan (320ml) air suam 2 1/4 sudu teh yis (sepeket yis) 1 sudu besar gula 2 sudu besar minyak 3/4 sudu teh garam 3 1/2 cawan (440g) tepung Sedikit cornmeal (optional) Cara-caranya : Campurkan yis, gula dan air suam. Bagi yis berbuih untuk pastikan ia aktif. Dalam mangkuk lain, campurkan minyak, garam dan tepung. Kemudian campurkan campuran yis tadi. Uli sehingga menjadi doh. Sapukan tangan dengan tepung supaya tidak melekat di tangan dan senang untuk diuli. Boleh uli guna tangan atau guna mixer (kelajuan rendah). Jika doh ditekan dengan jari dan kelihatan menaik semula, maka doh telah siap. Sapukan sedikit minyak ke permukaan mangkuk (mangkuk sama pun boleh) dan letakkan doh dan tutup dengan kain atau cling
Recent posts

Resepi Oat Bar Bergajus Kurang Manis

Assalamualaikum, Dah lama tak post resepi sejak handphone rosak 😐 Anyway, kali ni nak kongsikan satu resepi yang agak sihat sebab kurang lemak dan bahan utamanya adalah oat. Jadi nama resepi ni adalah oat bar atau ada orang panggil nutella gunung berapi. Tapi kali ni saya tak guna nutella sebagai hiasan yang dipaipkan atas dessert ni tapi sebab fillingnya dah bercoklat dan saya guna gajus ditabur diatas dessert ni. Oat bar ada dua jenis, satu jenis fudge (agak berat dan cepat kenyang serta lebih flavorful) dan satu lagi jenis rapuh dan kering seperti resepi kali ni. Ok, jom kita tengok resepinya. Bahan-bahan (base) : 2 cawan oat 2 cawan tepung gandum (diayak) 2 sudu teh baking powder 1 cawan gula perang 170g butter Bahan-bahan (filling) : 1 cawan chocolate compound 1/2 cawan whipping cream Cara-caranya : Untuk filling, cairkan coklat dan whipping cream secara double boil. Ketepikan. Pukul gula perang dan butter sehingga sebati. Kemudian tambahkan tepung gandu

Resepi Kek Walnut Gebu

Assalamualaikum Hari ni nak kongsi satu resepi kek yang amat sedap dan confirm menjadi. First timer pun in sya Allah keknya lembut gebu dan kacang walnut tak jatuh mendap ke bawah. Resepi simple tapi rasanya memang tak boleh stop makan sebab buttery, tak manis sangat dan ada masin- masin sikit. Tak muak bila makan. Kek ni sesuai untuk letak topping buttercream manis sebab keknya tak manis sangat dan simpan dalam peti makan time sejuk pun sedap. Saya suka makan time sejuk. Nikmat. Jom kita tengok resepinya. Bahan-bahan : 250g butter 200g gula castor 190g tepung gandum 2 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil garam 4 biji telur 80ml susu 2 sudu kecil esen vanilla 140g walnut (dihancurkan atau dicincang kecil) Cara-caranya : Pukul butter dan gula castor hingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga sebati. Kemudian, masukkan garam, separuh dari tepung dan baking powder yang telah diayak. Kemudian masukkan susu.

Resepi roti sosej dan basic roti yang lembut

Assalamualaikum Kejar masa sana sini, hari ni boleh relax taip post kat sini. Alhamdulillah. Hari ni nak kongsi resepi basic roti yang sangat sesuai untuk buat bun manis, roti sosej, roti golok, roti chicken floss dan macam-macam lagi. Macam hari ni, saya buat roti sosej dan roti bun kosong. Resepi ni saya dapat masa saya masuk kelas belajar buat roti dan rotinya memang lembut dan tahan seminggu kecuali kalau roti sosej tahan 3-4 hari je sebab sosej tak tahan lama. Ok, jom tengok resepinya.. Bahan-bahan : (A) 1 biji telur saiz B 2 sudu besar susu sekat manis Air Ketiga-tiga bahan ini mestilah berat keseluruhannya 300g. (B) 100g gula 100g butter atau marjerin pelangi 250g tepung protein tinggi 11g his mauripan 10g kfine (atau boleh digantikan dengan water roux) Cara-cara: Ada dua cara, pertama boleh guna bread maker. Untuk guna bread maker, bahan basah dimasukkan dahulu kemudian baru bahan kering. Kedua, boleh uli manual guna tangan. Bahan kering dimasukk

Resepi Nutella Pod Sangat Sedap

Assalamualaikum Jom kali ni saya nak kongsikan resepi yang baru-baru ni saya buat. Memang sedap. Saya google je cuma saya ubah sikit untuk mudahkan lagi cara nak buat supaya tak renyah sangat. Jom tengok bahan-bahannya. Nutella pod 115g butter 90g gula perang (saya guna 80g) 50g gula kastor 1 sdk esen vanilla 1 biji telur 210g tepung gandum 1/2 sdk baking soda Chocolate chip segenggam (optional) Nutella secukupnya Cara-caranya Pukul butter bersama gula perang dan gula kastor hingga gebu. Kemudian masukkan esen dan telur dan pukul lagi sehingga sebati. Masukkan bahan kering iaitu tepung dan baking soda yang telah diayak. Boleh masukkan chocolate chip jika suka. Kemudian boleh bulatkan bentuk bebola ikut saiz yang kita nak. Contoh, saya guna acuan tart saiz kecil jadi saya timbang 10g setiap bebola. Kalau guna acuan muffin, lebih besar bebolanya sebab saiz acuan muffin lebih besar. Acuan muffin perlu disapu butter dulu sebelum masukkan bebola doh ke dalam acuan.

Resepi Almond chocolate puff

Resepi ni sebenarnya olahan dari resepi asal dari Jamie Oliver. Maklumlah saya memang suka adjust resepi ikut rasa selera sendiri dan ikut cara yang senang nak buat. Rasanya memang sedap. Lain dari lain. Kalau orang  yang tak tahu inti dalam tu dibuat dari apa, mungkin akan cakap inti kacang merah. Seakan sama tapi makan satu memang tak cukup. Dulu saya buat dapat dalam banyak juga 12pcs macam tu, saya bagi kat kawan separuh. Sama sama dapat merasa. Jom kita tengok resepinya. Almond chocolate puff Pastry sheet secukupnya 1 sdb heavy cream 50g icing sugar 1 biji telur 100g almond kisar atau serbuk almond 2 sdb Nutella Cara-caranya: Blend almond kisar, telur, icing sugar, heavy cream dan Nutella. Isikan inti dalam pastry sheet dan tekapkan tepi pastry sheet dengan garfu (bagi tepi tu melekat tidak terbuka bila dibakar). Sapukan sedikit telur dan taburkan sedikit icing sugar diatas pastry yang telah siap diisi inti sebelum dibakar. Bakar pada suhu 220c sel

Resepi Panna Cotta Nata de Coco

Assalamualaikum, Ini post pertama saya. Blog ini hanya sebagai tempat saya kongsikan resepi yang sedap-sedap. Disebabkan saya sendiri yang memang suka makan jadi jom kita boleh belajar resepi sama-sama, ok? Kalau ikutkan baking, saya taklah pandai mana pun, hanya belajar sendiri saja. Tak pernah pergi kelas formal pun. Masa kat U belajar course lain, bila dah beranak lain pula minatnya. Haha. So, saya personally bukan lah orang yang suka try segala macam resepi viral. Hanya certain2 resepi atau makanan yang ngam dengan selera je yang saya buat. Sebabnya kalau try takde orang makan, nanti membazir. Kalau makanan yang jenis saya suka, saya boleh tolong habiskan, takdela membazir kan? Kalini saya nak kongsikan resepi Panna cotta nata de coco. Resepi ni saya olah dari resepi asal dan boleh dikurangkan kuantiti susu jadikan ia 1 1/4 cawan untuk rasa yang lebih lemak. Panna Cotta Nata De Coco 1 sdb serbuk gelatin halal 2 cawan susu Segar 1 cawan dairy whipping cre