Skip to main content

Resepi Roti Pizza Terbaik

Assalamualaikum..

Salam ramadhan untuk semua. Hari ni nak kongsi resepi roti pizza yang sangaat sedap, mudah dan pasti menjadi. Ini memang resepi saya simpan dalam koleksi. Bila nak makan pizza, ini resepi yang saya guna. 100% puas hati.

Bahan - bahannya :
1 1/3 cawan (320ml) air suam
2 1/4 sudu teh yis (sepeket yis)
1 sudu besar gula
2 sudu besar minyak
3/4 sudu teh garam
3 1/2 cawan (440g) tepung
Sedikit cornmeal (optional)

Cara-caranya :

Campurkan yis, gula dan air suam. Bagi yis berbuih untuk pastikan ia aktif.

Dalam mangkuk lain, campurkan minyak, garam dan tepung. Kemudian campurkan campuran yis tadi.

Uli sehingga menjadi doh. Sapukan tangan dengan tepung supaya tidak melekat di tangan dan senang untuk diuli. Boleh uli guna tangan atau guna mixer (kelajuan rendah). Jika doh ditekan dengan jari dan kelihatan menaik semula, maka doh telah siap.

Sapukan sedikit minyak ke permukaan mangkuk (mangkuk sama pun boleh) dan letakkan doh dan tutup dengan kain atau cling film. Rehatkan doh selama 60-90 minit bagi dia kembang dua kali ganda. Jika letak ditempat yang panas ia akan lebih cepat kembang.

Kemudian, bahagikan doh kepada dua bahagian. Satu adunan doh ini boleh hasilkan dua biji pizza saiz 12 inci.

Panaskan oven pada suhu 246c selama 15-20 minit sementara membentuk roti pizza.

Taburkan cornmeal (optional) di permukaan pan pizza. Jika tak ada, boleh tabur tepung sesikit. Ambil satu bahagian dari dua bahagian doh tadi dan bentukkan doh menjadi bentuk pizza sebesar 12 inci. Kemudian sapu sedikit minyak diatas permukaan roti pizza sebelum sapu sos pizza di atas roti. Ia bertujuan untuk elakkan roti dari menjadi lembik dan tidak garing.

Kemudian, boleh la letak sos pizza dan apa-apa filling yang disukai.

Taburkan cheese diatas pizza dan dibakar selama 12-15 minit.

Sedia untuk dihidangkan.

Tips : 1 lagi bahagian doh pizza boleh disimpan dalam freezer (difrozenkan) jika tidak mahu dimasak pada masa tersebut. Spu sedikit minyak di seluruh doh pizza dan isi dalam plastik dan keluarkan semua udara dan simpan dalam freezer. Jika nak masak, perlu keluarkan dari freezer dan letakkannya di bahagian bukan sejuk beku selama semalaman dan esoknya keluarkan dari fridge dan thaw selama 30 minit.

Selamat mencuba 😊

Rupa pizza sebelum letak cheese. 

Setelah siap tabur cheese dan bersedia untuk dibakar.

Dah siap dibakar. Kali ni buat terlebih garing 😂.

Close up 🤤.

Rotinya lembut dan tidak keras. Memang sangat sedap macam kat kedai.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi roti sosej dan basic roti yang lembut

Assalamualaikum Kejar masa sana sini, hari ni boleh relax taip post kat sini. Alhamdulillah. Hari ni nak kongsi resepi basic roti yang sangat sesuai untuk buat bun manis, roti sosej, roti golok, roti chicken floss dan macam-macam lagi. Macam hari ni, saya buat roti sosej dan roti bun kosong. Resepi ni saya dapat masa saya masuk kelas belajar buat roti dan rotinya memang lembut dan tahan seminggu kecuali kalau roti sosej tahan 3-4 hari je sebab sosej tak tahan lama. Ok, jom tengok resepinya.. Bahan-bahan : (A) 1 biji telur saiz B 2 sudu besar susu sekat manis Air Ketiga-tiga bahan ini mestilah berat keseluruhannya 300g. (B) 100g gula 100g butter atau marjerin pelangi 250g tepung protein tinggi 11g his mauripan 10g kfine (atau boleh digantikan dengan water roux) Cara-cara: Ada dua cara, pertama boleh guna bread maker. Untuk guna bread maker, bahan basah dimasukkan dahulu kemudian baru bahan kering. Kedua, boleh uli manual guna tangan. Bahan kering dimasukk...

Resepi Almond chocolate puff

Resepi ni sebenarnya olahan dari resepi asal dari Jamie Oliver. Maklumlah saya memang suka adjust resepi ikut rasa selera sendiri dan ikut cara yang senang nak buat. Rasanya memang sedap. Lain dari lain. Kalau orang  yang tak tahu inti dalam tu dibuat dari apa, mungkin akan cakap inti kacang merah. Seakan sama tapi makan satu memang tak cukup. Dulu saya buat dapat dalam banyak juga 12pcs macam tu, saya bagi kat kawan separuh. Sama sama dapat merasa. Jom kita tengok resepinya. Almond chocolate puff Pastry sheet secukupnya 1 sdb heavy cream 50g icing sugar 1 biji telur 100g almond kisar atau serbuk almond 2 sdb Nutella Cara-caranya: Blend almond kisar, telur, icing sugar, heavy cream dan Nutella. Isikan inti dalam pastry sheet dan tekapkan tepi pastry sheet dengan garfu (bagi tepi tu melekat tidak terbuka bila dibakar). Sapukan sedikit telur dan taburkan sedikit icing sugar diatas pastry yang telah siap diisi inti sebelum dibakar. Bakar pada suhu 220c...