Assalamualaikum,
Dah lama tak post resepi sejak handphone rosak 😐
Anyway, kali ni nak kongsikan satu resepi yang agak sihat sebab kurang lemak dan bahan utamanya adalah oat. Jadi nama resepi ni adalah oat bar atau ada orang panggil nutella gunung berapi.
Tapi kali ni saya tak guna nutella sebagai hiasan yang dipaipkan atas dessert ni tapi sebab fillingnya dah bercoklat dan saya guna gajus ditabur diatas dessert ni.
Oat bar ada dua jenis, satu jenis fudge (agak berat dan cepat kenyang serta lebih flavorful) dan satu lagi jenis rapuh dan kering seperti resepi kali ni.
Ok, jom kita tengok resepinya.
Bahan-bahan (base) :
2 cawan oat
2 cawan tepung gandum (diayak)
2 sudu teh baking powder
1 cawan gula perang
170g butter
Bahan-bahan (filling) :
1 cawan chocolate compound
1/2 cawan whipping cream
Cara-caranya :
Untuk filling, cairkan coklat dan whipping cream secara double boil. Ketepikan.
Pukul gula perang dan butter sehingga sebati. Kemudian tambahkan tepung gandum dan baking powder. Masukkan oat. Sebatikan.
Adunan akan menjadi seperti crumble.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian (saya bahagi 3 bahagian sebab loyang saya 9 inci), 3/4 bahagian adunan diratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci. Tekan padat.
Kemudian tuang coklat yang telah dicairkan tadi. Ratakan diatas lapisan oat yang telah dipadatkan tadi.
Tabur lebihan 1/4 bahagian adunan tadi diatas lapisan coklat.
Boleh tambahkan almond flakes atau apa-apa jenis kacang yang anda suka diatasnya.
Bakar di dalam oven selama 40 minit pada suhu 160c sehingga keperangan (saya guna 175c bergantung pada oven masing-masing).
Setelah sejuk baru potong untuk dihidangkan. Jika tidak, ia akan comot sebab coklat cair ketika panas.
Selamat mencuba 😃

![]() |
Saya tabur gajus ketika hampir masak sebab gajus ni dah dipanggang. |
![]() |
Bila dah potong, boleh jika nak paipkan nutella di atasnya untuk rasa yang lebih manis dan bercoklat. |
![]() |
Jika nak kurangkan berderai dibahagian atas, boleh adjust pembahagian adunan iaitu kurangkan taburan adunan dibahagian atas coklat dan lebihkan adunan di bahagian bawah yang dipadatkan. |
Selamat mencuba 😃
Comments
Post a Comment