Skip to main content

Resepi Nutella Pod Sangat Sedap

Assalamualaikum

Jom kali ni saya nak kongsikan resepi yang baru-baru ni saya buat. Memang sedap. Saya google je cuma saya ubah sikit untuk mudahkan lagi cara nak buat supaya tak renyah sangat.

Jom tengok bahan-bahannya.

Nutella pod

115g butter
90g gula perang (saya guna 80g)
50g gula kastor
1 sdk esen vanilla
1 biji telur
210g tepung gandum
1/2 sdk baking soda
Chocolate chip segenggam (optional)
Nutella secukupnya

Cara-caranya

Pukul butter bersama gula perang dan gula kastor hingga gebu. Kemudian masukkan esen dan telur dan pukul lagi sehingga sebati.

Masukkan bahan kering iaitu tepung dan baking soda yang telah diayak. Boleh masukkan chocolate chip jika suka.

Kemudian boleh bulatkan bentuk bebola ikut saiz yang kita nak. Contoh, saya guna acuan tart saiz kecil jadi saya timbang 10g setiap bebola. Kalau guna acuan muffin, lebih besar bebolanya sebab saiz acuan muffin lebih besar.

Acuan muffin perlu disapu butter dulu sebelum masukkan bebola doh ke dalam acuan. Kecuali acuan nonstick tak perlu sapu butter.

Bakar pada suhu 180c selama 10-12 minit ikut pada oven. Saya bakar selama 15 minit. Bila atas dah perang dah masak.

Kemudian keluarkan dari oven dan tekankan kat tengah kek dengan sudu atau belakang spatula bagi ada lubang untuk isi Nutella.

Buatkan sejuk sekurang-kurangnya 15 minit sebelum keluarkan kek dari acuan. Kalau keluarkan masa panas takut dia hancur.

Isikan Nutella di dalam lubang yang kita buat tadi dan boleh terus hidang kepada tetamu.

Saya tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak Nutella pod ni sebab masa ni anak duk bergayut kat kaki 😂

Selamat mencuba 🤗




Comments

Popular posts from this blog

Resepi roti sosej dan basic roti yang lembut

Assalamualaikum Kejar masa sana sini, hari ni boleh relax taip post kat sini. Alhamdulillah. Hari ni nak kongsi resepi basic roti yang sangat sesuai untuk buat bun manis, roti sosej, roti golok, roti chicken floss dan macam-macam lagi. Macam hari ni, saya buat roti sosej dan roti bun kosong. Resepi ni saya dapat masa saya masuk kelas belajar buat roti dan rotinya memang lembut dan tahan seminggu kecuali kalau roti sosej tahan 3-4 hari je sebab sosej tak tahan lama. Ok, jom tengok resepinya.. Bahan-bahan : (A) 1 biji telur saiz B 2 sudu besar susu sekat manis Air Ketiga-tiga bahan ini mestilah berat keseluruhannya 300g. (B) 100g gula 100g butter atau marjerin pelangi 250g tepung protein tinggi 11g his mauripan 10g kfine (atau boleh digantikan dengan water roux) Cara-cara: Ada dua cara, pertama boleh guna bread maker. Untuk guna bread maker, bahan basah dimasukkan dahulu kemudian baru bahan kering. Kedua, boleh uli manual guna tangan. Bahan kering dimasukk...

Resepi Almond chocolate puff

Resepi ni sebenarnya olahan dari resepi asal dari Jamie Oliver. Maklumlah saya memang suka adjust resepi ikut rasa selera sendiri dan ikut cara yang senang nak buat. Rasanya memang sedap. Lain dari lain. Kalau orang  yang tak tahu inti dalam tu dibuat dari apa, mungkin akan cakap inti kacang merah. Seakan sama tapi makan satu memang tak cukup. Dulu saya buat dapat dalam banyak juga 12pcs macam tu, saya bagi kat kawan separuh. Sama sama dapat merasa. Jom kita tengok resepinya. Almond chocolate puff Pastry sheet secukupnya 1 sdb heavy cream 50g icing sugar 1 biji telur 100g almond kisar atau serbuk almond 2 sdb Nutella Cara-caranya: Blend almond kisar, telur, icing sugar, heavy cream dan Nutella. Isikan inti dalam pastry sheet dan tekapkan tepi pastry sheet dengan garfu (bagi tepi tu melekat tidak terbuka bila dibakar). Sapukan sedikit telur dan taburkan sedikit icing sugar diatas pastry yang telah siap diisi inti sebelum dibakar. Bakar pada suhu 220c...

Resepi Oat Bar Bergajus Kurang Manis

Assalamualaikum, Dah lama tak post resepi sejak handphone rosak 😐 Anyway, kali ni nak kongsikan satu resepi yang agak sihat sebab kurang lemak dan bahan utamanya adalah oat. Jadi nama resepi ni adalah oat bar atau ada orang panggil nutella gunung berapi. Tapi kali ni saya tak guna nutella sebagai hiasan yang dipaipkan atas dessert ni tapi sebab fillingnya dah bercoklat dan saya guna gajus ditabur diatas dessert ni. Oat bar ada dua jenis, satu jenis fudge (agak berat dan cepat kenyang serta lebih flavorful) dan satu lagi jenis rapuh dan kering seperti resepi kali ni. Ok, jom kita tengok resepinya. Bahan-bahan (base) : 2 cawan oat 2 cawan tepung gandum (diayak) 2 sudu teh baking powder 1 cawan gula perang 170g butter Bahan-bahan (filling) : 1 cawan chocolate compound 1/2 cawan whipping cream Cara-caranya : Untuk filling, cairkan coklat dan whipping cream secara double boil. Ketepikan. Pukul gula perang dan butter sehingga sebati. Kemudian tambahkan tepung gandu...