Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Resepi Nutella Pod Sangat Sedap

Assalamualaikum Jom kali ni saya nak kongsikan resepi yang baru-baru ni saya buat. Memang sedap. Saya google je cuma saya ubah sikit untuk mudahkan lagi cara nak buat supaya tak renyah sangat. Jom tengok bahan-bahannya. Nutella pod 115g butter 90g gula perang (saya guna 80g) 50g gula kastor 1 sdk esen vanilla 1 biji telur 210g tepung gandum 1/2 sdk baking soda Chocolate chip segenggam (optional) Nutella secukupnya Cara-caranya Pukul butter bersama gula perang dan gula kastor hingga gebu. Kemudian masukkan esen dan telur dan pukul lagi sehingga sebati. Masukkan bahan kering iaitu tepung dan baking soda yang telah diayak. Boleh masukkan chocolate chip jika suka. Kemudian boleh bulatkan bentuk bebola ikut saiz yang kita nak. Contoh, saya guna acuan tart saiz kecil jadi saya timbang 10g setiap bebola. Kalau guna acuan muffin, lebih besar bebolanya sebab saiz acuan muffin lebih besar. Acuan muffin perlu disapu butter dulu sebelum masukkan bebola doh ke dalam acuan....

Resepi Almond chocolate puff

Resepi ni sebenarnya olahan dari resepi asal dari Jamie Oliver. Maklumlah saya memang suka adjust resepi ikut rasa selera sendiri dan ikut cara yang senang nak buat. Rasanya memang sedap. Lain dari lain. Kalau orang  yang tak tahu inti dalam tu dibuat dari apa, mungkin akan cakap inti kacang merah. Seakan sama tapi makan satu memang tak cukup. Dulu saya buat dapat dalam banyak juga 12pcs macam tu, saya bagi kat kawan separuh. Sama sama dapat merasa. Jom kita tengok resepinya. Almond chocolate puff Pastry sheet secukupnya 1 sdb heavy cream 50g icing sugar 1 biji telur 100g almond kisar atau serbuk almond 2 sdb Nutella Cara-caranya: Blend almond kisar, telur, icing sugar, heavy cream dan Nutella. Isikan inti dalam pastry sheet dan tekapkan tepi pastry sheet dengan garfu (bagi tepi tu melekat tidak terbuka bila dibakar). Sapukan sedikit telur dan taburkan sedikit icing sugar diatas pastry yang telah siap diisi inti sebelum dibakar. Bakar pada suhu 220c...

Resepi Panna Cotta Nata de Coco

Assalamualaikum, Ini post pertama saya. Blog ini hanya sebagai tempat saya kongsikan resepi yang sedap-sedap. Disebabkan saya sendiri yang memang suka makan jadi jom kita boleh belajar resepi sama-sama, ok? Kalau ikutkan baking, saya taklah pandai mana pun, hanya belajar sendiri saja. Tak pernah pergi kelas formal pun. Masa kat U belajar course lain, bila dah beranak lain pula minatnya. Haha. So, saya personally bukan lah orang yang suka try segala macam resepi viral. Hanya certain2 resepi atau makanan yang ngam dengan selera je yang saya buat. Sebabnya kalau try takde orang makan, nanti membazir. Kalau makanan yang jenis saya suka, saya boleh tolong habiskan, takdela membazir kan? Kalini saya nak kongsikan resepi Panna cotta nata de coco. Resepi ni saya olah dari resepi asal dan boleh dikurangkan kuantiti susu jadikan ia 1 1/4 cawan untuk rasa yang lebih lemak. Panna Cotta Nata De Coco 1 sdb serbuk gelatin halal 2 cawan susu Segar 1 cawan dairy whipping cre...