Assalamualaikum Jom kali ni saya nak kongsikan resepi yang baru-baru ni saya buat. Memang sedap. Saya google je cuma saya ubah sikit untuk mudahkan lagi cara nak buat supaya tak renyah sangat. Jom tengok bahan-bahannya. Nutella pod 115g butter 90g gula perang (saya guna 80g) 50g gula kastor 1 sdk esen vanilla 1 biji telur 210g tepung gandum 1/2 sdk baking soda Chocolate chip segenggam (optional) Nutella secukupnya Cara-caranya Pukul butter bersama gula perang dan gula kastor hingga gebu. Kemudian masukkan esen dan telur dan pukul lagi sehingga sebati. Masukkan bahan kering iaitu tepung dan baking soda yang telah diayak. Boleh masukkan chocolate chip jika suka. Kemudian boleh bulatkan bentuk bebola ikut saiz yang kita nak. Contoh, saya guna acuan tart saiz kecil jadi saya timbang 10g setiap bebola. Kalau guna acuan muffin, lebih besar bebolanya sebab saiz acuan muffin lebih besar. Acuan muffin perlu disapu butter dulu sebelum masukkan bebola doh ke dalam acuan....